KOLEKSI
BAHAN BACAAN
Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat
bercetak yang diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan
oleh pelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada
beberapa kategori, antaranya adalah :
1.
Buku
Fiksyen
2.
Buku
Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
3.
Buku
Bukan Fiksyen ( Rujukan )
4.
Bahan
Terbitan Berkala.
5.
Bahan
khusus.
BUKU
FIKSYEN
Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan
daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat
diklasifikasikan mengikut bahasa, antaranya :
1.
Buku
Fiksyen Melayu
2.
Buku
Fiksyen Inggeris
3.
Buku
Fiksyen Cina
4.
Buku
Fiksyen Tamil
5.
Buku
Fiksyen Arab
Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku
fiksyen adalah :
1.
Cerita
Sains
2.
Cerita
Nasihat
3.
Cerita
Dongeng
4.
Cerita
Khayalan
5.
Cerita
Binatang
6.
Cerita
Rakyat
BUKU
BUKAN FIKSYEN
Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk
pinjaman dan buku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman
merupakan buku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku
bukan fiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dan tidak
dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawah
sepuluh bidang utama iaitu :
1.
Karya
am
2.
Falsafah
3.
Agama
4.
Sains
Kemasyarakatan
5.
Bahasa
6.
Sains
Tulen
7.
Teknologi
8.
Kesenian
9.
Kesusasteraan
10.
Sejarah
& Geografi
BUKU
RUJUKAN
Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan
tetapi khas untukmencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat
tentang makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran
tentang tempat, data dan sebagainya. Buku rujukan terdiri daripada :
1.
Buku
Rujukan Umum
2.
Buku
Rujukan Am
3.
Buku
Rujukan Khusus
4.
Bahan
Khusus
BUKU
RUJUKAN UMUM
Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta
memenuhi keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan
dengan mata pelajaran-mata pelajaran
yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendak kurikulum. Buku rujukan umum
terdiri daripada buku-buku ilmiah.
BUKU
RUJUKAN AM
Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk
semua orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam.
Diantara buku rujukan am adalah :
1.
Almanak
2.
Atlas
3.
Direktori
4.
Ensiklopedia
umum
5.
Gazetir
6.
Kamus
umum
BUKU
RUJUKAN KHUSUS
Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara
terperinci,mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai satu
cabang ilmu sahaja. Diantara buku rujukan khusus adalah :
1.
Abstrak
2.
Bibliografi
khas
3.
Biografi
Individu
4.
Ensiklopedia
Khusus
5.
Buku
Glosari
6.
Buku
Indeks
7.
Buku
Istilah
8.
Kamus
khusus
BAHAN
KHUSUS
Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan
sesuatu perkara atau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :
1.
Kertas
Seminar
2.
Pekeliling
3.
Tesis
4.
Maklumat
perangkaan
KOLEKSI
BUKU MALAYSIANA
Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang
diterbitkan di Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama
ada diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia.
KOLEKSI
BUKU NADIR
Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang
diterbitkan sebelum 1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati.
BAHAN
TERBITAN BERKALA
Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan
secara berkala atau bersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu
sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di
antara bahan terbitanberkala adalah :
1.
Buletin
2.
Jurnal
3.
Laporan
Tahunan
4.
Majalah
5.
Risalah
6.
Surat
khabar
ABSTRAK
Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu
perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta
mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan
adalah untuk membantu pembaca :
1.
Menilai
isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.
2.
Membuat
nota dan catatan yang berkesan
3.
Tentang
bahan semasa.
4.
Dalam
penyampaian laporan.
5.
Dalam
pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki
ALMANAK
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat
perangkaan. Ia juga merupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai
haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang
surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan
maklumat perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan
mendalam.
BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar
penerbitan bercetak yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan
disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan
penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat
dan tahun diterbitkan.
Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
1.
Bibliografi
di bahagian akhiran buku.
2.
Bibliografi
jilid khas atau buku.
Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :
1.
Memudahkan
pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan denganisi kandungan buku yang
telah dibaca.
2.
Menggalakkan
pembaca membuat rujukan tambahan
3.
Untuk
memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpamengetahui dengan
lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.
BIOGRAFI
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat
mengenai riwayat hidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :·
Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebih mendalam sama
ada yang masih hidup atau meninggal dunia.contoh biografi
ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia
merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas tentang semua cabang ilmu
pengetahuan yang pada umumnya disusun mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan
semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang
apa, bila, siapa, di mana,mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat
mutakhir. Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan
ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.
Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu :
1.
Ensiklopedia
umum - Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am
tentangperkara atau bidang tertentu.
2.
Ensiklopedia
Khusus - Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan
mengandungiketerangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara
atau bidang yang berkenaan.
Tujuan menggunakan
ensiklopedia adalah :· Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara
atau topikdengan merujuk ensiklopedia umum.· Untuk mendapatan maklumat mendalam
tentang sesuatu perkara atautopik dengan merujuk ensiklopedia khusus.
GAZETIR
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai
tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi.
Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan
sejarah,perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai
tempat-tempat. Gazetir disusun mengikut abjad. Tujuan menggunakan gazetir Gazetir digunakan untuk mencari maklumat
geografi, sejarah dan ekonomisesuatu tempat.
GLOSARI
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah
atau perkataantertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang
disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.
Terdapat dua jenis glosari iaitu:
1.
Glosari
yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi buku bukan
fiksyen.
2.
Buku
Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan tertentu
dalam bidang-bidang tertentu.
Tujuan menggunakan glosari
1.
Glosari
memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatuperkataan atau istilah yang
kurang jelas.
2.
Ia
juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembacadapat memahami
isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepadakamus.Glosari khusus untuk
Teknologi Maklumat
INDEKS
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai
sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.
Tujuan Indeks
1.
Memudahkan
pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca.
2.
Memudahkan
pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis Indeks
1.
Indeks
di bahagian akhir buku.
2.
Indeks
Jilid Khas.
ISTILAH
Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu
bidang ilmu pengetahuan. Tujuan menggunakan istilah :
1.
Untuk
mendapatkan ejaan yang betul.
2.
Untuk
membuat terjemahan.
3.
Untuk
ketepatan penggunaan perkataan.
Jenis Istilah·
Halaman Istilah.
Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.·
Buku Istilah.
Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah
dalam bidangtertentu.
KAMUS
Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang
perkataan seperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata,
tatabahasa,penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.Kamus
terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :a. Kamus umum ialah kamus
biasa yang mengandungi maklumat seperti :- Makna sesuatu perkataan- Cara
menggunakan perkataan- Ejaan yang betul b. Kamus Terjemahan Kamus jenis ini
hanya memberi makna sesuatu perkataan dalam satu bahasa ke bahasa yang lain.c.
Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )Kamus ini memberi maklumat yang terperinci
mengenai sesuatuperkataan dalam sesuatu bidang tertentu. Tujuan menggunakan
kamus adalah :
1.
Untuk
mencari makna atau definisi perkataan .
2.
Untuk
mengetahui asal-usul perkataan.
3.
Untuk
mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut.
4.
Untuk
mengetahui jenis perkataan.
5.
Untuk
menunjukkan cara menggunakan perkataan.
6.
Untuk
mengetahui ejaan yang betul.
No comments:
Post a Comment